loading...
loading...
Pelak0n Intan Ladyana tdk menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama akt0r Kamal Adli.
Intan, 34, berkata, dia mengambil keputusan mendiamkan diri kerana tdk mahu isu berkenaan menjadi besar sehingga menyebabkan timbul perbalahan di antara kedua-dua belah pihak.
"Saya akui salah satu sebab saya berehat seketika sebelum ini kerana perkara itu kerana seb0leh-b0lehnya saya memang tdk mahu mengulas apa-apa tentang perkara itu.
"Kalau saya keluarkan kenyataan nanti ia akan menyebabkan ada susulan lain yg pada akhirnya ia tdk akan berkesudahan.
Intan berehat selama setahun untuk berehat dan melakukan aktiviti yg jarang dapat dilakukannya.
"Lebih baik saya berdiam diri sahaja dan ia lenyap dgn sendirinya," katanya kepada mStar 0nline.
Mengulas tentang hubungannya dgn Kamal kini, Intan berkata, mereka tdk mempunyai sebarang masalah namun masih belum sempat bertemu sejak berpisah.
Dalam pada itu, Intan tdk mahu lagi bercakap tentang soal peribadi kepada umum kerana bimbang kejadian serupa berlaku sehingga menimbulkan rasa malu kepada dirinya.
Jelas Intan, jika dia mempunyai teman lelaki sekali pun dia tdk akan bercerita mengenainya selagi belum ada apa-apa ikatan sah di antara mereka.
"Jika tentang perkara lain atau perkembangan karier, saya akan kongsi tetapi tdk lagi tentang peribadi.
"Status saya sekarang? Rahsia. Biarlah saya sahaja yg tahu dan tdk perlu diheboh-hebohkan sama ada saya ada kekasih atau pun tdk," katanya.
Bercakap mengenai tempoh hilangnya sebelum ini, Intan berkata, dia banyak menghabiskan masa dgn berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.
Kamal Adli.
Malah kata Intan, sepanjang tempoh itu juga, dia dapat melakukan rutin yg jarang dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.
"Saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sebelum ini dan tindakan mengambil rehat panjang itu sebenarnya tepat kerana saya memang memerlukannya.
"Selain melancong dan melakukan rutin harian yg jarang dapat saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Intan berkata, Ramadan tahun ini dia kembali merancakkan aktiviti seninya dengan menghadiri jemputan berbuka puasa bersama anak yatim atau acara hiburan lain.
Bagaimanapun dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan dan hanya kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.
"Bulan Ramadan ini juga saya ingin ambil kesempatan merebut untuk beribadah dan menghabiskan masa bersama keluarga dan sesekali menghadiri acara hiburan jika ada jemputan.
"Insya-Allah selepas hari raya barulah saya akan kembali aktif berlakon kerana sudah setahun juga tidak berlakon," ujarnya.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/06/17/intan-ladyana-hilang/
loading...